top of page

ABSTRAK

Sejarah merupakan mata pelajaran penting yang diajar di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kajian sejarah lisan ini dijalankan bertujuan untuk menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin tidak dapat diperoleh oleh pengkaji akan datang. Seterusnya dapat mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber bertulis dan menjadi sumber tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan mantap. Kajian ini adalah berkaitan tentang biografi tokoh iaitu Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Skop kajian ini adalah merangkumi pemerolehan sudut pandang orang berdekatan, pengkisahan sebelum dilantik menjadi Menteri Besar dan semasa menjadi Menteri Besar serta kesan positif pemerintahan kepada kerajaan Negeri Terengganu. Kaedah kajian terdiri daripada tiga fasa yang utama iaitu fasa pengumpulan maklumat dan penyediaan surat, fasa kedua iaitu pengenalpastian orang sumber dan proses menemu bual lisan orang sumber dan fasa terakhir iaitu fasa semakan dan banding silang antara bahan bertulis dan sumber lisan dan antara orang-orang sumber dan pendokumentasian. Kajian ini melibatkan beberapa orang sumber yang merupakan sumber proto yang merupakan staf-staf yang bekerja di sebuah bangunan bersama Dr. Samsuri seperti pengawal keselamatan, ketua pengurus operasi dan setiausaha pejabat. Dapatan ini telah didokumentasikan dalam dua bentuk iaitu secara penulisan bercetak dan digital agar sumber ini dapat diakses dan dipelihara sebagai satu sumber sejarah yang bernilai.

​

Kata kunci: sejarah lisan, menteri besar, Terengganu

Contact

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI 71760 NILAI, NEGERI SEMBILAN.

​

emel: dextrousquartet@gmail.com

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon

Thanks for submitting!

© 2023 by Personal Life Coach. Proudly created with Wix.com

bottom of page