
proses temubual
SENARAI ORANG SUMBER:
​
Orang Sumber 1 - Puan Fadilah (Setiausaha Pejabat)
Orang Sumber 2 – Encik Rais (Pembantu Operasi)
Orang Sumber 3 – Pengawal Keselamatan
​
Semak dan banding beza fakta-Banding silang dengan orang sumber yang lain dan akhbar
​
Perbandingan fakta mesti dilakukan bagi membolehkan setiap kisah dan cerita disaring sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang fakta yang tidak tepat ditambah mengenai tokoh yang disegani ramai iaitu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Oleh itu banding silang antara orang sumber dan sumber yang lain telah dilakukan bagi menentukan kesahihan setiap fakta yang telah disampaikan. Antaranya:
​
1. Keperibadian Dr Ahmad Samsuri
​
Menurut orang sumber 1, 2 dan 3, Dr Ahmad Samsuri mempunyai sifat keperibadian yang baik seperti seorang yang rendah diri walaupun beliau menjawat jawatan Menteri Besar. Orang sumber 2 menyatakan bahawa sifat rendah diri Dr Ahmad Samsuri ditunjukkan melalui apabila beliau turut bersama-sama hadir dalam majlis hari jadi yang diadakan oleh staf yang diadakan di Wisma Darul Iman namun ia bergantung kepada kelonggaran beliau daripada program-program yang sangat padat. Apabila beliau mempunyai masa dan peluang, beliau akan berusaha untuk hadir ke majlis tersebut. Menurut OS 2 lagi, beliau berkebolehan untuk bergaul dengan semua orang dan juga sering mengajak staf-staf yang lain bagi mengikuti bersama-sama aktiviti kesukaan beliau iaitu sukan berbasikal.
Manakala menurut OS 3, sifat rendah diri Dr Ahmad Samsuri ditonjolkan apabila beliau sering mengangkat tangan kepada OS 3 yang merupakan pengawal keselamatan di pintu masuk keluar Wisma Darul Iman. OS 1 pula menyatakan layanan beliau yang lemah lembut kepada sesiapa sahaja adalah sifat Dr Ahmad Samsuri yang dikagumi OS 1 secara peribadi. Sifat pemimpin yang baik dan saling menasihati para pekerjanya juga merupakan salah satu ciri peribadi beliau yang dikagumi oleh kebanyakan staf. Menurut OS 1, beliau sering menasihati para pekerjanya untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada orang awam yang datang ke Wisma Darul Iman. Berdasarkan temubual OS 2 pula, beliau sering menasihati para pekerja untuk tidak bertangguh kerja-kerja yang ada terutamanya apabila kerja yang melibatkan rakyat. Hal ini kerana ini akan memberi kesan terhadap rakyat sama ada dari segi perkhidmatan yang diperlukan atau sebagainya. Nasihat-nasihat ini juga boleh diaplikasikan kepada kita sebagai seorang pelajar. Tambahan pula, sifat Dr Ahmad Samsuri yang dikira sudah diketahui umum telah disokong oleh kenyataan OS 3 apabila OS 3 menyatakan bahawa beliau mempunyai sifat tawadduk dari segi kerohanian dan ini dapat dibuktikan apabila pentadbiran kerajaan negeri Terengganu berasaskan prinsip-prinsip syariah Islam.
2. Aktiviti selain politik
​
Selain berpolitik, terdapat perkara atau hobi yang turut dilakukan oleh Dr Ahmad Samsuri. Antaranya ialah sukan berbasikal. Perkara ini disokong oleh OS 1 dan OS 2. Menurut Irsyadi (2018), beliau turut menyertai Program Gateh Basikal Bersama Menteri Besar sempena ambang tahun baharu 2019 itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS). Selain itu, sebagai seorang pakar dalam Aeroangkasa beliau juga sering dijemput sebagai penceramah atau ahli-ahli dalam perbincangan tentang bidang tersebut. Namun begitu, setelah bergelar Menteri Besar beliau aktiviti beliau lebih kepada politik dan pentadbiran negeri.