Pelaksanaan Manifesto Kerajaan Negeri Terengganu PRU-14
- dextrousquartet
- Jul 20, 2019
- 2 min read
Dr Ahmad Samsuri pernah menyatakan dalam majalah Malaysian Business terbitan Oktober 2018 bahawa beliau dan juga pemimpin-pemimpin dalam kerajaan negeri Terengganu yang lain akan memastikan bahawa negeri Terengganu akan dibangunkan secara holistik dan komprehensif berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Ini menunjukkan bahawa beliau amat mementingkan pengamalan syariah Islam dalam setiap perkara. Perkara ini juga ditunjukkan melalui pelaksanaan manifesto-manifesto (diketuai oleh Dr Ahmad Samsuri) yang telah dijanjikan oleh parti politik PAS semasa PRU 14. Manifesto pilihanraya adalah salah satu bentuk janji kepada rakyat yang harus ditunaikan. Dalam tempoh yang dikira singkat bermula pada 14 Mei 2018 iaitu tarikh Dr Ahmad Samsuri mula bertugas sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Iman sehingga kini, lebih daripada 7 daripada 20 manifesto pilihan raya telah ditunaikan sehingga kini.
Antara manifesto-manifesto yang telah ditunaikan ialah mengembalikan tanah-tanah yang dirampas, rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas layak menerima 1 lot tapak rumah kediaman, karnival kahwin kali pertama percuma di setiap DUN, memberi bekalan air percuma 20 meterpadu kepada golongan miskin dan berpendatan rendah dan membuka Pusat Nurseri di setiap Jabatan kerajaan Negeri. Manifesto-manifesto ini adalah manifesto yang sepatutnya dilaksanakan dalam masa setahun tetapi telah dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh masa kurang dari 100 hari. Selain itu antara janji pilihan raya yang lain yang telah ditunaikan adalah pemberian RM 300 untuk pemuda/pemudi mendapatkan lesen motosikal dan peruntukan caj wad kelas 3 percuma di semua hospital kerajaan yang akan bermula Jun 2019. Kesemua manifesto yang telah dipertandingkan ini dilihat memberi manfaat yang sangat besar kepada rakyat Terengganu.
Sifat Dr Ahmad Samsuri yang mengutamakan prinsip-prinsip Islam telah memimpin dan mengetuai kerajaan negeri untuk melunaskan setiap manifesto yang telah dijanjikan kerana antara ciri orang munafik ialah apabila berbicara, dia berdusta. Prinsip-prinsip Islam juga dilaksanakan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagaimana yang dikatakan OS 3, bahawa Dr Ahmad Samsuri ialah seorang yang tawaduk akan berusaha mengelakkan perkara yang dimurkai Allah seperti melanggar janji kerana hukumnya adalah haram.

Sebagaimana Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat ke 91;
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu sesudah meneguhkannya, sedang kamu sudah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu).” (QS: An-Nahl: 91)
Comentarios