PRU 14 dan Kemenangan Dr Ahmad Samsuri
- dextrousquartet
- Jul 20, 2019
- 1 min read

PRU 14 menyaksikan pelbagai perubahan landskap politik sama ada di peringkat persekutuan dan juga di peringkat negeri. Di peringkat persekutuan, selepas lebih enam dekad mentadbir negara, buat pertama kali parti Barisan Nasional gagal mengekalkan kuasa sebagai pentadbir di peringkat persekutuan apabila tampuk pemerintahan diambil alih oleh parti Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir. Keputusan PRU 14 turut menyaksikan parti PAS kembali menjadi kerajaan negeri buat kali kedua selepas PRU-10 pada 1999 dengan majoriti dua pertiga. PAS negeri Terengganu mendominasi 22 daripada keseluruhan 32 kerusi DUN dan enam daripada keseluruhan lapan kerusi Parlimen di seluruh negeri, menewaskan BN pimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan diganti oleh Menteri Besar yang baharu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2018 yang lalu (Hanneeyzah dan Zatul, 2018).
コメント