Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu
- dextrousquartet
- Jul 20, 2019
- 2 min read

Negeri Terengganu dikenali sebagai negeri yang kaya dengan sumber-sumber asli seperti petroleum dan gas asli. Namun begitu, sejak sekian lama royalti minyak tidak diperoleh kerajaan negeri kerana disekat oleh kerajaan Persekutuan disebabkan oleh faktor politik. Bagi memperjuangkan hak rakyat negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri telah melakukan diskusi bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir tentang pembahagian royalti minyak kepada kerajaan negeri hasil yang merupakan sumbangan negeri Terengganu sebagai pengeluar utama petroleum di Malaysia (Shukri, 2018). Dalam perbincangan tersebut, kerajaan Pusat yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengitiraf kerajaan negeri Terengganu sebagai negeri yang berhak menerima wang royalti petroleum sebagaimana termaktub didalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Kesannya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran wang tunai petroleum berjumlah RM643 juta kepada kerajaan negeri Terengganu yg merupakan sebahagian daripada hasil minyak dan gas untuk tahun 2018 dan 2019 yang berjumlah RM1.75 billion. Melalui dana yang diperoleh, pelbagai pembangunan dan aktiviti, contohnya bantuan-bantuan pendidikan dan kemasyarakatan yang dikhususkan untuk kesejahteraan semua rakyat Terengganu dapat dilaksanakan.
Selain itu, pentadbiran yang diketuai oleh Dr Ahmad Samsuri turut memberi kesan positif dalam membantu meringankan beban rakyat dalam pembayaran cukai-cukai dan sebaginya. Hal ini dapat dijelaskan apabila bermula tahun 2019, rakyat Terengganu tidak perlu membayar cukai taksiran atau cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri. Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan pengecualian itu untuk 2019 dan akan melihat kesannya sebelum mengambil keputusan sama ada diteruskan atau sebaliknya pada 2020. Keputusan ini telah membantu meringankan beban rakyat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah.
Di samping itu, kerajaan negeri juga akan menyalurkan peruntukan kepada semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri tanpa mengira ia kerusi PAS atau pembangkang, antaranya peruntukan RM1 juta untuk program Hari Keluarga Peringkat DUN dan perpaduan nasional. kenyataan ini jelas menunjukkan sosok peribadi Dr Ahmad Samsuri mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta adil yang menjadikannya seorang pemimpin yang disegani bukan sahaja dalam kalangan rakyat Terengganu, malahan di seluruh Malaysia.
Comments