Sejarah Menteri Besar Terengganu
- dextrousquartet
- Jul 20, 2019
- 2 min read
Updated: Jul 20, 2019

Tampuk pemerintahan Negeri Terengganu Darul Iman pernah dipegang oleh 15 orang sebagai Menteri Besar. Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri. Lima orang terawal yang menjadi Menteri Besar merupakan dari parti Bebas iaitu Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof yang memulakan khidmatnya dari 21 April 1925 sehingg Jun 1940, disambung oleh Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman bermula daripada Jun 1940 sehingga Mei 1942.
Setelah itu, Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud berkhidmat dari Mei 1942 sehingga Disember 1949 dan yang terakhir dari parti Bebas ialah Dato' Perdana Menteri Diraja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris dari Disember 1949 sehingga Jun 1959. Seterusnya, jawatan Menteri Besar disandang oleh Mohd Daud bin Abdul Samad iaitu bermula dari Jun 1959 sehingga November 1961 yang merupakan dari parti PAS. Menteri Besar dari Parti Barisan Nasional iaitu Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad dan dari November 1961 sehingga September 1970, Dato’ Mahmood bin Sulaiman dari September 1970 sehingga September 1971.
Seterusnya, Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman dan Tan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad iaitu dari September 1971 sehingga Ogos 1974 dan September 1974 sehingga Disember 1999. Seterusnya, Dato Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang dari Parti PAS memerintah Terengganu dari Mac 2004 sehingga Mac 2008. Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman dari Mac 2008 sehingga Mei 2014 dan Mei 2014 sehingga 09 Mei 2018 merupakan dari parti Barisan Nasional. Seterusnya, Menteri Besar yang terkini iaitu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari 10 Mei 2018 sehingga kini merupakan dari parti PAS.
Comments